Friday 4 October 2013

Protective Me

Selepas balik lunch terus tengok facebook sebab tadi ada ternampak satu link dekat page "Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil" tentang satu blog ni *click here*. Saat baca entry tu, memang hati rasa sebak sangat terus teringat kat Ilyas:

  • Dia memang pernah demam (on and off) + batuk (bunyi berkahak) + selesema (tapi dia tak pandai hembus hingus lagi).
  • Pernah tidur sampai nafas berbunyi kuat (tapi masa ni tak batuk or flu).
  • Kadang2 dia suka buat bunyi macam susah nak bernafas or bunyi tarik nafas yang semput2 tu (dulu ingat sebab perut dia buncit banyak makan so dia cepat mengah bila merangkak or naik tangga).

Need to keep those symptoms in mind just for future reference (if any emergency occurs)

Tapi semalam memang first time Ilyas tetiba je dia menangis (tapi tak keluar air mata) sambil meneran. Oh, dia sakit perut! Mesti sebab dia x poo for 2 days. Kali ni memang lain macam dia merengek. Dia nak dipeluk sentiasa pastu memang asyik merengek. Ya Allah, memang menangis kita dibuatnya. Sayu sangat dengar suara dia pastu memang dah agak ni mesti sakit sangat sebab t*** tu keras. Dia tak nak menyusu, tak nak baring. I just hugged him, doa banyak2 biar Allah permudahkan Ilyas buang air and I kept on whispering "Allah Allah Allah" to him sampai dia senyap dan tertidur...


Ilyas menangis + meneran sampai tertidur (sambil duduk sebab dia tak nak baring langsung)


Hati mana tak tersentuh tengok anak sakit sampai tertidur keletihan =(

Bila baca simptom2 Penyakit Pneumokokal, memang terus terfikir terbayang terimbas jika ianya sama seperti yang pernah Ilyas lalui sebelum ni. Memang dalam hati rasa cuak panik. Tapi terus tenangkan diri jangan cepat melatah, mungkin Ilyas demam biasa je (tapi dalam hati memang tak tenang langsung). Tambah pula dengan kes Ilyas sembelit semalam, memang lagi rasa risau sangat2! Mungkin ianya tiada kaitan dengan Penyakit Pneumokokal ni tapi tahap kerisauan tu makin menebal bila memikirkan virus2 jahat ni mudah dijangkiti so I need to be more protective towards him. I am very particular when it comes to my baby's life but no matter how detailed I am, there must be things that I have missed out. So this story really put me on an alarming stage as a Mama.

Sekarang hati ni memang rasa menyesal sangat sebab pernah marah2 Ilyas. Perasaan bersalah lagi la menggunung tinggi sebab pernah pukul Ilyas kt peha dia sebab dia gigit kita masa tengah breastfeeding. Banyak lagi perasaan sedih sebak semua ada lagi2 bila baca blog Cerita Erina tentang anaknya yang telah kembali ke Rahmatullah kerana Penyakit Pneumokokal ni. Puan Erina dapat menyusukan anaknya selama 1 tahun 2 bulan (masa nampak je angka ni terus berderau sebab Ilyas is now I tahun 1 bulan and I am still breastfeeding him). Memang Ilyas sekarang Alhamdulillah masih aktif, tak demam + flu or cough. Cuma angka tu mendebarkan. Hmmm... 

Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati hidupmu, sayang!



Mama sayang Ilyas sampai bila2 =)

The end. Thank you! =)

No comments:

Post a Comment