Saturday 8 October 2011

Ada Sebabnya...

October is a busy month for me. After 3 months of relaxing, I am now struggling hard to finish my study by early 2012, Insya Allah. I feel stressed out by the due date for my Master's Project as it will be a month after I got married. Yes, I knew it. I thought I can handle it before, but I could not. Suddenly, I keep on complaining about WHY, WHY & WHY. Why must I get married at this age? Why can't I finish my study first? Should I postpone the wedding? I feel annoyed with all the questions and most of all, I feel annoyed with myself, seriously. My Darling Fiance encourages me to stay strong and be patient. He said, "Kalau study tu mudah, senang nak score, tak ada apa yang nak dibanggakan. Tapi, sebab you bersusah-susah, then you score, tu yang buatkan you ni special". Okay, terharu kejap dan terus berfikir...


Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya...


Ada sebab mengapa seseorang itu tidak kaya harta...
Kerana mungkin jika dia mempunyai harta yang melimpah ruah...
Dia akan bermegah-megah, boros, bakhil malah dia tidak mahu membelanjakan hartanya ke jalan Allah...
(peringatan untuk diri sendiri: rajin-rajinlah bersedekah)



Ada sebab mengapa seseorang itu tidak cantik paras rupanya...
Kerana mungkin jika dia mempunyai rupa yang menawan...
Dia akan berasa riak dan bangga dengan kecantikan dirinya sehingga dia sanggup menghina kejadian makhluk lain...
(peringatan untuk diri sendiri: beauty would not last forever)



Ada sebab mengapa seseorang itu tidak berpeluang beristeri dua...
Kerana mungkin jika dia beristeri dua...
Dia tidak mampu untuk berlaku adil sepertimana yang ditetapkan dalam ajaran Islam...
(peringatan untuk bakal suami: i love you so much & i do not want to share you with others, thank you)




Ada sebab mengapa seseorang itu ditimpa kesusahan dan kesakitan...
Kerana mungkin jika dia tidak pernah ditimpa musibah...
Dia tidak akan menghargai dan bersyukur atas kesenangan dan kesihatan yang diberi...
(peringatan untuk diri sendiri: upgrade premium Takaful dan bayar sendiri, jaga pemakanan & selalu bersenam)



Ada sebab mengapa seseorang lelaki itu dikurniakan sifat kepimpinan yang tinggi...
Kerana mungkin jika dia tidak mempunyai kewibawaan sebagai seorang pemimpin...
Dia tidak mampu mengetuai keluarganya dengan sempurna...
(peringatan untuk bakal suami: bimbinglah daku untuk menjadi isteri yang mithali)



Ada sebab mengapa seseorang perempuan itu dilimpahi dengan sifat kasih sayang yang tidak berbelah bagi...
Kerana mungkin jika dia tiada perasaan kasih dan sayang itu...
Maka tiada perempuan yang sanggup bergadai nyawa melahirkan zuriat di muka bumi ini...
(peringatan untuk diri sendiri: siapalah aku tanpa Ibu)



Jadi, janganlah kita mempertikaikan sebab berlakunya sesuatu perkara tanpa memikirkan hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku. Percayalah pada takdir Yang Maha Pencipta kerana sesungguhnya DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Wallahualam...

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...

The end. Thank you! =)